Ubuntu 18.10 Akan Dikenali Dengan Nama Kod “Cosmic Cuttlefish”

Ubuntu 18.10 Akan Dikenali Dengan Nama Kod “Cosmic Cuttlefish”

Diterbitkan pada Mei 9, 2018 oleh .

Ubuntu merupakan salah satu sistem operasi Linux yang popular, dan mereka sering melancarkan dua versi baru setiap tahun. Selepas melancarkan Ubuntu 18.04 pada bulan April lepas, kini pembangunnya telah pun memulakan pembangunan untuk Ubuntu 18.10 yang bakal hadir pada Oktober kelak.

Ubuntu 18.10 dikatakan merupakan pembangunan awal dan permulaan untuk Ubuntu 20.04 LTS yang akan hadir sekitar dua tahun lagi. Ia akan menggunakan nama kod “Cosmic Cuttlefish“.

Pembangun Ubuntu dijangka akan terus meningkatkan sekuriti sistem operasi berkenaan. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah ciri akhir dan versi perisian akhir yang akan disertakan bersama dengannya.

Seperti biasa, kita akan mendengar lanjut mengenai latar pembangunan dan sebagainya dalam minggu-minggu akan datang.


TIPS & ULASAN