Google Maps Memperlihatkan Ciri Realiti-Gabungan Untuk Memudahkan Navigasi Ketika Berjalan

Google Maps Memperlihatkan Ciri Realiti-Gabungan Untuk Memudahkan Navigasi Ketika Berjalan

Diterbitkan pada Mei 9, 2018 oleh .

Google Maps sedia digunakan ramai dalam navigasi untuk ke sesuatu destinasi. Kini, dalam usaha untuk memudahkan lagi pengguna untuk tiba di sesuatu destinasi, Google memperlihatkan sokongan realiti-gabungan pada aplikasi mereka.

Dengan integrasi ini, pengguna akan boleh mengaktifkan kamera untuk melihat pelbagai informasi pada persekitaran anda, selain memudahkan proses anda bernavigasi ketika berjalan kaki.

Google Maps AR

Google Maps AR

Google turut mengatakan mereka akan menggunakan Visual Positioning System yang menambah baik navigasi dengan menganalisa mercu tanda pada persekitaran selain turut menggunakan kedudukan GPS anda.

Buat masa ini, Google tidak mengumumkan bilakah Google Maps akan menambah ciri ini, dan mereka sekadar mempertontonkan kebolehan integrasi pembelajaran mesin dan realiti-gabungan pada aplikasi pemetaan mereka. Kita mungkin melihat ia diperkenalkan dalam masa akan datang.


TIPS & ULASAN