Rekaan Samsung Galaxy S8 Lite Tertiris

Rekaan Samsung Galaxy S8 Lite Tertiris

Diterbitkan pada Mei 10, 2018 oleh .

China ialah pasaran yang amat sukar bagi Samsung sejak tiga tahun kebelakangan ini. Mereka tidak lagi tergolong di dalam kelompok lima pengeluar dengan pasaran terbesar dan mencatatkan jualan yang lebih rendah berbanding Gioneee pada suku pertama 2018 di sana. Strategi Samsung ialah untuk memperkenalkan model kelas pertengahan khusus untuk pasaran ini.

Rekaan Samsung Galaxy S8 Lite telah tertiris semalam dan ia kelihatan seperti Galaxy S8 dengan beberapa perubahan spesifikasi. Ia dipercayai menggunakan skrin Infinity Display SAMOLED FHD+, dijana pemproses Snapdragon 660, 4GB RAM,  storan sebesar 64GB dan kamera utama 16-Megapixel. Walaupun kelihatan seperti Galaxy S8, Galaxy S8 Lite tidak dilengkapi pengimbas nadi pada bahagian belakang. Peranti ini dipercayai bakal dilancarkan pada 21 Mac hadapan,


TIPS & ULASAN