Carian
Enam Suara Baru Untuk Google Assistant Kini Sudah Boleh Digunakan
May 10, 2018 Effi Saharudin

Dua hari yang lalu Google mengumumkan enam suara baru yang boleh digunakan pada pembantu maya Google Assistant. Pilihan suara lelaki dan perempuan kini boleh digunakan bersama dengan suara penyanyi John Legend. Pagi ini kemaskini diberikan dan akhirnya enam suara baru ini boleh digunakan pada peranti Android yang disokong.

Walau bagaimanapun buat masa ini pilihan suara ini hanya berfungsi sekiranya bahasa Inggeris UK dan Amerika syarikat dipilih pada peranti. Bagi yang mencubanya, anda hanya perlu memberikan arahan “change voice” di dalam Assistant dan lakukan pilihan di situ. Selamat mencuba.

Komen