Google Memberikan Nafas Baru Untuk Antaramuka Google Drive

Google Memberikan Nafas Baru Untuk Antaramuka Google Drive

Diterbitkan pada Mei 10, 2018 oleh .

Google baru-baru ini telah menawarkan kemaskini antaramuka baru untuk GMail, dan kini Google turut membawakan elemen rekaan baru berkenaan ke Google Drive pada web.

Google Drive Baru

Google Drive Baru

Antara yang berubah adalah dimana kini ia memaparkan logo Google Drive pada bahagian atas-kiri, warna latar berwarna putih dan bukan kelabu, perubahan pada elemen rekaan butang, dan beberapa yang lain.

Langkah ini sekaligus membawakan paparan yang sedikit lebih kemas berbanding sebelum ini. Google akan memperkenalkan rekaan baru ini secara berperingkat bermula daripada hari ini.


TIPS & ULASAN