Microsoft kini telah mengumumkan versi Windows Insider baru yang menyertakan sejumlah ciri-ciri baru, dan menariknya ia kini turut menyertakan pilihan tema gelap untuk digunakan pada File Explorer.
File Explorer merupakan salah satu aplikasi yang digunakan aktif oleh semua pengguna Windows untuk mengakses fail, dokumen mahupun cakera keras dengan mudah. Dengan penambahan pilihan tema gelap ini, ia memberikan lebih kawalan kepada pengguna dalam bentuk paparan penggunaan komputer mereka.
Pengguna Windows Insider boleh mengawal pilihan baru ini dengan mengemaskini kepada versi baru, dan membuat pertukaran di Settings > Personalization > Colors.