Cari @ Amanz

DJI Phantom 4 Pro merupakan salah satu dron popular yang digunakan ramai yang dilancarkan pada 2016 yang lepas. Kini, pengeluarnya turut memperkenalkan sedikit kemaskini, dan telah pun hadir dengan DJI Phantom 4 Pro versi kedua.

DJI Phantom 4 Pro versi baru ini memfokuskan kepada mengurangkan kadar bunyi yang dikeluarkan oleh kipas dron berkenaan. Ia dikatakan kini bunyi yang dikeluarkan telah dikurangkan sekitar 60% berbanding versi 2016 lepas.

DJI Phantom 4 Pro

Dari segi spesifikasi lain, DJI Phantom 4 Pro ini masih mengekalkan spesifikasi sama, termasuk masa penerbangan selama 30-minit, dan jarak sehingga 7 kilomter penerbangan. Ia turut menyertakan kamera 20-megapixel untuk rakaman video 4K melaluinya.

Dron baru ini kini turut hadir dengan sistem pemindahan video DJI Lightbridge yang menawarkan kadar dan prestasi lebih baik.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah DJI Phantom 4 Pro versi baru ini akan memasuki pasaran tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd