Cari @ Amanz

Huawei Malaysia kini mengesahkan yang mana mereka bakal memasarkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu Huawei Nova 3e untuk pasaran tempatan tidak lama lagi. Untuk makluman, terdapat beberapa buah negara yang turut memasarkan model telefon pintar ini dibawah nama Huawei P20 Lite.

Huawei Nova 3e ini hadir dengan rekaan skrin bertakuk, selain turut menawarkan sokongan dwi-kamera dibelakang.

Dari segi spesfikasi, Huawei Nova 3e hadir dengan skrin 5.84-inci dengan rekaan bertakuk diatas, menawarkan resolusi 2280×1080 pixel, cip Kirin 659, memori 4GB RAM, dan storan 128GB.

Telefon pintar ini turut dilengkapi dwi-kamera belakang gabungan 16-megapixel dan 2-megapixel, selain kamera hadapan 24-megapixel.

Telefon pintar ini turut dilengkapi sokongan pengecasan pantas menggunakan kabel USB-C, dimana ia boleh mengecas bateri 3000mAh sehingga 43% dalam masa 30 minit.

Fungsi popular lain seperti integrasi kecerdasan buatan pada EMUI 8.0, selain sokongan Face Unlock.

Buat masa ini, harga jualan dan tarikh penawarannya masih tidak diketahui lagi, dan mungkin akan diketahui dalam beberapa hari lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd