Instagram Stories Kini Menyokong Emoji Dengan Peluncur Untuk Menunjukkan Tahap Sokongan

Instagram Stories Kini Menyokong Emoji Dengan Peluncur Untuk Menunjukkan Tahap Sokongan

Diterbitkan pada Mei 11, 2018 oleh .

Pelbagai fungsi baru ditambah pada Instagram hampir setiap bulan. Ini adalah bagi memastikan platform ini sentiasa di hadapan pesaing terdekatnya iaitu Snapchat. Bagi ini sebuah fungsi baru emoji dengan peluncur (slider) diperkenalkan apabila pengguna menggunakan Stories.

Ia boleh diakses menerusi panel pilihan sticker. Apabila diletakkan pada Stories, pengguna boleh memilih teks yang ingin digunakan. Mereka yang melihat Stories ini kemudian boleh menggerakkan peluncur bagi menunjukkan tahap sokongan mereka kepada Stories yang dimuat naik. Fungsi emoji dengan peluncur ini boleh digunakan sekarang pada aplikasi Android dan iOS.


TIPS & ULASAN