Apple Menggunakan Dron Untuk Menambah-Baik Pemetaan Pada Apple Maps

Apple Menggunakan Dron Untuk Menambah-Baik Pemetaan Pada Apple Maps

Diterbitkan pada Mei 11, 2018 oleh .

Selain penjualan peranti dan penawaran perkhidmatan digital, pihak Apple juga turut mempunyai penawaran pemetaan tersendiri, dinamakan Apple Maps. Terkini, ia dilaporkan yang mana dalam usaha untuk terus menambah-baik pemetaan pada Apple Maps, gergasi perkomputeran berkenaan akan mula menggunakan dron untuk mengumpulkan data berkaitan.

Perkara ini disahkan melalui pengesahan penggunaan dron yang diberikan pihak berkuasa di North Carolina, Amerika Syarikat.

Apple buat masa ini sedia mengumpulkan data dan imej dari udara dan juga darat. Penggunaan dron ini dikatakan bakal mengumpulkan data dan imej tambahan daripada sejumlah lokasi, sekaligus menambah-baik lagi penawaran Apple Maps.

Sekiranya ujian awal penggunaan dron ini berjaya, tidak mustahil kita melihat ia diperluaskan ke lokasi lain seluruh negara – dan seperti biasa, bergantung kepada kebenaran daripada pihak berkuasa.


TIPS & ULASAN