Cari @ Amanz

Kerjaya baru yang muncul seperti cendawan sejak beberapa tahun kebelakangan ini ialah menjadi influencer di media sosial. Mereka menggunakan capaian kepada puluhan ribu pengikut untuk menjual pelbagai produk seperti krim peninggi, serum wajah untuk bayi dan krim perkasa. Kerap kali ini mendatangkan masalah kerana kadang kala produk yang dijual adalah berbahaya kepada kesihatan.

Di Emeriah Arab Bersatu, influencer media sosial kini diwajibkan mempunyai lesen sebelum boleh menjual atau menaja produk di media sosial. Dua lesen diperlukan iaitu lesen perdagangan dan lesen media elektronik dengan bayaran mencecah Dh 30,000 (~RM 32265) bergantung kepada jenis produk yang ingin dijaja. Mereka yang beroperasi boleh dikenakan kompaun Dh 5,000 (~RM 5377) serta diarahkan menutup akaun media sosial dan blog milik mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd