Peranti pembesar suara pintar nampaknya sedang meningkat popularitinya, Syarikat-syarikat seperti Amazon, Apple dan Google semuanya mempunyai pembesar suara pintar mereka sendiri yang menggunakan pembantu maya mereka sendiri, dan nampaknya Microsoft juga bakal hadir dengan pembesar suara pintar mereka sendiri.
Syarikat dari Redmond tersebut dilihat sedang bekerjasama dengan Quanta untuk membina rekaan pembesar suara tersebut, yang dikatakan akan hadir dengan pembantu maya Cortana.
Walaupun tidak banyak yang diketahui mengenai peranti tersebut, beberapa spesifikasi dalaman seperti penggunaan CPU Qualcomm Snapdragon 212, yang pada asalnya digunakan didalam peranti pintar, tetapi semakin popular didalam peranti Internet of Things (IoT) kerana ia sebuah SoC yang tidak menggunakan kuasa bateri yang banyak.
Ini bukanlah kali pertama Microsoft dilihat hadir dengan pembesar suara pintar, tetapi kerjasama bersama Harman Kardon sebelum ini dilihat tidak begitu mengetengahkan ciri Cortana, dan sama seperti siri laptop dan tablet Surface, Microsoft dilihat ingin hadir di pasaran dengan peranti mereka sendiri yang ramai pembuat peranti parti ketiga boleh gunakan sebagai rujukan untuk membina peranti berdasarkan Cortana mereka sendiri.