Carian
Google Duplex Akan Memberitahu Ia Bukan Manusia Ketika Melakukan Panggilan Telefon
May 11, 2018 Effi Saharudin

Di acara I/O Google memperlihatkan sistem Google Duplex yang melakukan panggilan telefon persis seperti manusia sebenar. Teknologi ini bakal digunakan pada Google Assistant bagi membolehkan pembantu maya melakukan tempahan bagi pihak pengguna. Selepas demo diperlihatkan, timbul persoalan buruk baiknya sistem yang tidak memberitahu insan yang ditelefon ia bukan seorang manusia.

Menurut laporan Cnet, Google berjanji akan memastikan Duplex memperkenalkan dirinya sebagai bukan manusia sebenar ketika melakukan panggilan telefon apabila beroperasi kelak. Demonstrasi tempoh hari hanya sekadar menunjukkan kemampuannya berbual kepada umum. Tidak diketahui bagaimanakah Duplex akan memperkenalkan dirinya sebagai bot kepada penerima panggilan buat masa ini.

Komen