Perkhidmatan Penanda Aras Populariti Media Sosial Klout Akan Ditutup Tidak Lama Lagi

Perkhidmatan Penanda Aras Populariti Media Sosial Klout Akan Ditutup Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Mei 11, 2018 oleh .

Populariti penggalak media sosial di arena web biasanya boleh dilihat melalui jumlah pengguna, retweet, like dan juga penglibatan bersama-sama pengikut mereka.

Klout diperkenalkan pada tahun 2008 sebagai sebuah perkhidmatan penanda aras populariti di media sosial, Ia memberikan anda skor Klout berdasarkan butiran-butiran diatas, dan jika skor Klout anda tinggi, ia menunjukkan betapa tingginya darjat anda di platform-platform sosial media.

Pada tahun 2014, Klout dibeli oleh LIthium Technologies, sebuah syarikat pembina perisian yang berasal dari San Francisco untuk harga $200 juta (RM800 juta).

Perkhidmatan Klout ini dikatakan akan ditutup pada tarikh 25 Mei kelak, bersempena dengan hari terakhir dimana semua syarikat-syarikat atas talian perlu memastikan bahawa mereka patuh dengan undang-undang digital baru General Data Protection Regulation (GDPR).

Menurut Lithium Technologies lagi, walaupun Klout akan berkubur, terdapat kebarangkalian bahawa mereka akan menggunakan teknologi-teknologi yang hadir pada perkhidmatan tersebut pada perisian-perisian mereka di masa akan datang.


TIPS & ULASAN