Cari @ Amanz

Peranti dengan rekaan skrin yang hampir tiada bingkai telah diperlihatkan terlebih dahulu oleh Vivo dengan Vivo Apex. Vivo Apex adalah sebuah telefon pintar dengan 98% skrin di bahagian depan. Manakala, kamera swafoto dan kamera utama pula menggunakan konsep periskop sebuah kapal selam. Terkini daripada Lenovo adalah gambar acah Lenovo Z5,  iaitu telefon pintar yang mempunyai konsep yang hampir sama dengan Vivo Apex.

Penanti Lenovo ini diperlihatkan melalui laman Weibo rasmi Naib Presiden Lenovo, Chang Chen hari ini. Lenovo Z5 ini diperlihatkan melalui satu lakaran yang ringkas yang mempunyai bentuk seakan iPhone X dan skrin penuh seakan Vivo Apex. Walau bagaimanapun, menurut Chen Lenovo Z5 ini mempunyai skrin  yang meliputi 95% bahagian hadapan. Sebagai perbandingan, Vivo Apex yang mempunyai skrin yang meliputi 98% bahagian hadapan peranti. Selain daripada gambar lakaran, imej pengolokan sebahagian skrin hadapan turut diperlihatkan.

Peranti ini setakat ini hanyalah satu idea dan konsep. Jika Vivo boleh hasilkan, berkemungkinan Lenovo juga boleh. Walau bagaimanapun, jika peranti ini berjaya dihasilkan sudah pasti ia tidak akan masuk ke pasaran Malaysia kerana Lenovo hanya  memfokuskan kepada komputer riba dan tidak lagi menjual telefon berjenama Lenovo di negara kita.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd