Cari @ Amanz

Xiaomi Malaysia kini telah mengemaskini harga jualan telefon pintar nirbingkai mereka, iaitu Mi Mix 2. Kini, pengguna boleh mendapatkan telefon pintar berkenaan pada harga bermula RM1699 – yang mana memperlihatkan potongan harga sebanyak RM300 berbanding sebelum ini.

Xiaomi Mi Mix 2

Xiaomi Mi Mix 2 hadir dengan skrin 5.99-inci dengan paparan pada resolusi 2160×1080 pixel, dilengkapi cip Snapdragon 835, memori 6GB RAM, dan storan sebesar 64GB. Ia turut dilengkapi kamera belakang 12-megapixel, kamera swafoto 5-megapixel, dan bateri berkapasiti 3400mAh.

Selain versi biasa, Xiaomi turut menawarkan Mi Mix 2 edisi khas yang hadir dengan pilihan putih, memori 8GB RAM dan storan 128GB pada harga RM2299 – memperlihatkan potongan sebanyak RM400 berbanding harga asal sebelum ini.

Kedua-dua peranti ini boleh didapati daripada pengedar Xiaomi tempatan, selain melalui laman jualan atas-talian Xiaomi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd