Cari @ Amanz

BlackBerry Mobile hari ini telah berkongsi memperlihatkan yang mana mereka akan memperkenalkan generasi terbaru telefon pintar BlackBerry mereka, dan juga kemaskini untuk BlackBerry KEYone sebelum ini, iaitu BlackBerry Key2.

Buat masa ini, pihak BlackBerry Mobile hanya mengeluarkan gambar acah yang menunjukkan tarikh pelancarannya sahaja. Tiada sebarang gambar peranti yang ditambah pada gambar acah berkenaan.

BlackBerry Key2

Sekiranya ia mengikut konsep generasi sebelumnya, maka kita akan dapat melihat penawaran spesifikasi tinggi bersama papan kekunci fizikal dibawah skrin. Ia juga akan menjalankan sistem operasi Android dengan sejumlah penambahan perisian BlackBerry.

Dengan kehadiran gambar acah untuk pelancaran ini, kita mungkin mendengar lanjut mengenai apa yang bakal dibawakan peranti ini tidak lama lagi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd