Google Kini Mewajibkan Pengeluar Memberikan Kemaskini Sekuriti

Google Kini Mewajibkan Pengeluar Memberikan Kemaskini Sekuriti

Diterbitkan pada Mei 12, 2018 oleh .

Android ialah sistem operasi yang paling popular di dunia tetapi ia mempunyai reputasi sekuriti yang buruk berbanding iOS. Perpecahan versi Android menyebabkan tampalan sekuriti terkini tidak diterima oleh semua peranti. Akibatnya peranti tersebut terdedah kepada kerentanan sekuriti yang serius.

Di acara Google I/O, David Kleidermacher yang merupakan ketua sekuriti platfrom Android mengumumkan mereka kini mengemaskini perjanjian dengan pengeluar yang menggunakan sistem operasi Android. Mereka kini perlu berjanji memberikan kemaskini sekuriti dengan kerap. Sebelum ini Google memberikan kemaskini sekuriti secara bulanan tetapi pengeluar tidak diwajibkan memberikannya kepada peranti keluaran mereka.

Dengan perjanjian baru ini, masalah sekuriti dapat dikurangkan dan kemaskini yang kerap akan mula diterima. Ini dibantu oleh Project Treble yang diperkenalkan menerusi Android Oreo.


TIPS & ULASAN