YouTube Kini Menambah Ciri Khusus Untuk Mengingatkan Anda Untuk Berhenti Menonton

YouTube Kini Menambah Ciri Khusus Untuk Mengingatkan Anda Untuk Berhenti Menonton

Diterbitkan pada Mei 13, 2018 oleh .

Menjadi kebiasaan untuk sejumlah pengguna untuk lalai ketika menonton video di YouTube, dan terlupa masa yang dihabiskan padanya. Untuk mengatasi masalah berkenaan, Google sebelum ini telah mengumumkan akan menawarkan sebuah ciri baru yang membolehkan para pengguna untuk mengawal aktiviti mereka.

Kini, lanjutan daripadanya, Google dilihat telah pun memperkenalkan sebuah ciri baru pada aplikasi YouTube di Android dan juga iPhone. YouTube menamakannya sebagai “Take A Break“.

Pada aplikasi YouTube di peranti mudah-alih anda, anda boleh ke halaman tetapan, dan memilih “Remind Me To Take A Break“. Seterusnya, anda boleh membuat pilihan bilakah YouTube perlu memberi peringatan untuk berhenti menonton kepada anda, sama ada setiap 15, 30, 60, 90 atau 180 minit. Anda juga boleh memilih untuk tidak memberikan sebarang peringatan kepada anda.

YouTube Remind Me

Tetapan ini ditawarkan sebagai pilihan – dimana anda boleh memilih untuk mengaktifkannya, ataupun sebaliknya.

Sekiranya ia diaktifkan, maka anda akan menerima notifikasi selepas tempoh waktu yang ditetapkan – dimana ia dipaparkan pada bahagian bawah video, dan video berkenaan dijedakan.

Bagi anda yang menggunakan YouTube pada Android dan iPhone, boleh menyemak ciri berkenaan hari ini.


TIPS & ULASAN