Carian
Qualcomm Snapdragon 3100 Mungkin Menyokong Penjejakan Mata
May 18, 2018 Fahim Zahar

Cip pemproses Qualcomm Snapdragon siri x100 adalah cip yang digunakan pada peranti boleh pakai dan juga peranti berhubung. Setakat ini, dua model cip pemproses telah dilancarkan iaitu Snapdragon Wear 1100 dan juga 2100. Kedua cip ini sudah pun berusia dua tahun dan sehingga kini tiada pewaris yang menggantikan kedua cip ini. Kini, terbaru dari Qualcomm adalah – Snapdragon 3100 iaitu cip pemproses yang memfokuskan kepada peranti boleh pakai seperti jam tangan pintar dan juga kaca mata pintar.

Snapdragon 3100 ini menggunakan binaan cip ARM Cortex-A7 dan GPU Adreno 304. Cip ini juga dikatakan bakal memberi impak berbeza dalam dunia peranti boleh pakai. Lebih menarik, cip ini dikatakan mempunyai teknologi pengurusan kuasa yang terbina secara terus yang dinamakan sebagai BlackshostBlackshost ini dikatakan boleh berjalan pada latar tanpa bantuan cip utama kerana ia boleh berfungsi secara berasingan. Cip ini juga dikatakan mempunyai cukup kuasa untuk menjalankan kaca mata realiti gabungan (Augmented Reality Glasses).

Kemampuan cip Snapdragon 3100 ini juga boleh memantau lokasi anak mata dan juga menjejak pantulan kornea dengan kamera 120 FPS tanpa menggunakan kuasa bateri yang banyak. Cip ini juga dikatakan mungkin akan digunakan pada jam tangan pintar Pixel yang akan datang dan juga kaca mata pintar Google generasi terbaru.

Komen