GIGABYTE Memperkenalkan Siri SSD UD Pro Dengan memori DDR3-L Terbina Di Dalam

GIGABYTE Memperkenalkan Siri SSD UD Pro Dengan memori DDR3-L Terbina Di Dalam

Diterbitkan pada Mei 14, 2018 oleh .

Storan SSD (Sollid State Drive) boleh dikatakan antara memori yang terlaju yang boleh dibeli di pasaran sekarang, dan hadir dengan pelbagai jumlah storan dan spesifikasi yang boleh memenuhi kehendak pada pelbagai tanda harga juga.

Terkini, GIGABYTE, jenama pembuat perkakasan komputer dan pembina laptop yang terkenal kini memperkenalkan siri SSD pertama mereka yang dinamakan siri GIGABYTE UD Pro. SSD ini menggunakan sambungan SATA untuk menghantar dan menerima data.

Salah satu kelemahan pada SSD ialah ia biasanya akan menghadapi masalah perlahan apabila kapasiti SSD tersebut sudahpun penuh. Untuk mengatasi masalah ini, GIGABYTE mengatasi masalah ini dengan memasang memori DDR3L untuk digunakan sebagai cache memori tanpa menggunakan storan flash pada SSD. Ini membenarkan pengguna menggunakan storan SSD dengan penuh tanpa perlu risau mengenai masalah perlahan.

Storan GIGABYTE UD Pro ini hadir dengan dua pilihan storan, termasuklah 256GB dan juga 512GB. Buat masa ini, tarikh pengeluaran dan juga tanda harga untuk siri SSD ini masih belum diumumkan lagi.


TIPS & ULASAN