Carian
ZTE
Presiden Donald Trump Ingin Menarik Semula Halangan Penjualan Produk Keluaran AS Kepada ZTE
May 14, 2018 Effi Saharudin

Halangan penjualan produk keluaran Amerika Syarikat kepada ZTE selama tujuh tahun menyebabkan syarikat ini terpaksa menghentikan operasi penghasilan peralatan telekomunikasi mereka termasuklah telefon pintar. Selain tidak boleh membeli pemproses keluaran Intel dan Qualcomm, mereka juga berhadapan tidak boleh lagi menggunakan sistem operasi Android.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump hari ini mengeluarkan kicauan yang mengatakan beliau dan Presiden China sedang berusaha untuk menarik semula halangan penjualan ini. Tambah beliau lagi terlalu banyak kehilangan pekerjaan berlaku akibat halangan yang dikenakan oleh Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat. Beliau telah mengarahkan Jabatan Perdagangan untuk menyegerakan proses mengembalikan kebenaran ZTE mengimport produk keluaran Amerika Syarikat.

Arahan ini dipercayai diberikan bagi mengelakkan perang perdagangan diantara dua kuasa besar ini. Sebelum ini Amerika Syarikat mengenakan pelbagai tarif baru ke atas China kerana perjanjian perdagangan yang dikatakan tidak adil ke atas negara mereka.

Komen