Siri Laptop Gaming Dell G7 Dengan Pemproses Intel Coffee Lake Kini Berada Di Pasaran Malaysia – Bermula Dari RM3999

Siri Laptop Gaming Dell G7 Dengan Pemproses Intel Coffee Lake Kini Berada Di Pasaran Malaysia – Bermula Dari RM3999

Diterbitkan pada Mei 14, 2018 oleh .

Komputer riba gaming dengan rekaan serba nipis nampaknya semakin popular, dan nampaknya kini tiba giliran Dell untuk mengumumkan siri komputer riba gaming nipis dan berkuasa mereka.

Siri ini dinamakan Dell G7 15, dan hadir dengan paparan skrin IPS bersaiz 15.6 inci dengan resolusi Full HD 1920×1080. Dari segi spesifikasi, laptop ini hadir dengan tiga model yang berbeza.

Model pertama hadir dengan CPU Intel Core i5-8300H, memori DDR4 8GB dan storan cakera keras 1TB dengan kelajuan 5400RPM. Dari segi grafik pula, laptop ini menggunakan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1050 dengan memori GDDR5 sebanyak 2GB.

Model kedua laptop G7 15 ini hadir dengan CPU Intel Core i7-8750H, memori DDR4 sebanyak 8GB dan storan cakera keras 1TB dengan kelajuan 5400RPM. Dari segi grafik pula, mdoel ini menggunakan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1050Ti yang mempunyai memori GDDR5 sebanyak 4GB.

Model terakhir pula hadir dengan CPU Intel Core i7-8750H, memori DDR4 sebanyak 16GB, gabungan storan SSD sebesar 256GB dan juga cakera keras 1TB. Kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1060 6GB dengan teknologi Max-Q digunakan untuk menggerakkan bahagian grafik laptop ini.

Kesemua model-model laptop Dell G7 15 ini boleh dibeli melalui laman web Dell Malaysia, pada harga bermula daripada RM3999 untuk model paling murah, RM4799 untuk model pertengahan dan RM6899 untuk model dengan spesifikasi paling berkuasa.

Laman Dell G7 15


TIPS & ULASAN