Imej Pengolokan Lenovo Moto C2 Dan C2 Plus Tertiris
Artikel Berkaitan

Imej Pengolokan Lenovo Moto C2 Dan C2 Plus Tertiris

Diterbitkan pada Mei 14, 2018 oleh .

Tahun lepas, Lenovo melancarkan Moto C dan C Plus untuk pasaran Malaysia dan dijual pada harga bermula RM399. Kedua-dua telefon pintar ini berada dalam kelas permulaan dan dikuasakan dengan cip MediaTek. Terkini, imej pengolokan Moto C2 dan C2 Plus tertiris di web oleh 91 Mobiles.

Menurut sumber, Moto C2 dan C2 Plus ini mungkin mempunyai pengimbas cap jari terbina pada butang home. Selain itu, kedua-dua kamera belakang dan hadapan bakal mempunyai LED flash. Butang kawalan suara dan kuasa Moto C2 dan C2 Plus ini dilihat berada di sisi kanan dan mempunyai rekaan skrin dengan bezel yang tebal.

Maklumat lain mengenai Moto C2 dan C2 Plus ini masih belum diketahui. Tetapi ia mungkin akan mempunyai spesifikasi yang sama dengan model tahun lepas dengan sedikit penambahbaikan. Sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN