Sony pada CES 2018 yang lepas telah melancarkan sebuah projektor mudah-alih tersendiri, dinamakan Sony MP-CD1 Mobile Projector. Kini, selang beberapa bulan, Sony telah mula menawarkan projektor mini berkenaan untuk pasaran tempatan.
Sony MP-CD1 Mobile Projector ini hadir dengan saiz sebesar telefon pintar Xperia XZ Premium, dan menariknya turut menyertakan kebolehan memancarkan imej sebesar 120-inci dengan jarak 3.5-meter. Ia turut menyokong paparan pada keterangan 150 Lumen, dan dilengkapi bateri 5000mAh untuk kemampuan penggunaan selama 2 jam.
Menariknya, projektor mini ini juga boleh digunakan sebagai powerbank untuk telefon anda sekiranya tidak digunakan.
Di Malaysia, Sony MP-CD1 Mobile Projector ini ditawarkan pada harga RM1599.