Aplikasi Yang Gagal Berfungsi Akan Terus Dimatikan Dalam Android P Tanpa Sebarang Amaran

Aplikasi Yang Gagal Berfungsi Akan Terus Dimatikan Dalam Android P Tanpa Sebarang Amaran

Diterbitkan pada Mei 15, 2018 oleh .

Pada acara Google I/O 2018, butiran jelas mengenai Android P telah diumumkan. Antara yang menarik adalah sokongan kawalan gesture seakan iPhone X, mod penjimatan bateri dan mod kecerahan automatik yang dikuasakan dengan kecerdasan buatan, pengenalan pada Dashboard dan banyak lagi. Selain itu, Google turut memaklumkan mengenai tindakan aplikasi yang gagal berfungsi pada Android P.

Dalam Android versi terdahulu, aplikasi yang gagal berfungsi notifikasi “application is not responding” akan dipaparkan pada skrin. Pada Android P aplikasi yang gagal berfungsi akan terus dimatikan tanpa sebarang amaran diberikan. Menurut Google, mereka menetapkan perkara ini untuk menggalakkan pembangun mengambil perhatian penuh agar tiada isu berlaku pada aplikasi mereka.

Selain itu, Google turut berkata mesej dan amaran ini tidak memanfaatkan kepada pengguna dan turut mengharapkan pembangun tidak menjalankan aplikasi yang terkandas aktif di latar. Walau bagaimanapun, pengguna masih boleh mengaktifkan mesej atau amaran ini dengan mengaktifkan App Not Respoding (ANR) melalui tetapan pembangun (Developer Options).


TIPS & ULASAN