Samsung Galaxy Tab S3 Menerima Sokongan Audio Dolby Atmos Dengan Kemaskini Oreo

Samsung Galaxy Tab S3 Menerima Sokongan Audio Dolby Atmos Dengan Kemaskini Oreo

Diterbitkan pada Mei 15, 2018 oleh .

Samsung Galaxy S9 dan S9+ adalah dua peranti pertama Samsung yang menyokong audio Dolby Atmos. Ini kemudian diikuti pula oleh Galaxy A6 dan A6+. Kini jumlah peranti Samsung yang menyokong Dolby Atmos meningkat kelima selepas Galaxy Tab S3 menerima kemaskini Oreo.

Kemaskini Oreo untuk Tab S3 ini membawakan sokongan Atmos apabila menggunakan fon telinga dan pembesar suara. Tidak seperti peranti lain Samsung, Tab S3 dilengkapi empat pembesar suara bagi memberikan pengelaman audio yang terbaik. Samsung bukan satu-satunya pengeluar yang menyokong sistem audio ini. Lenovo, ZTE dan Nokia turut mempunyai peranti yang menyokong Dolby Atmos.


TIPS & ULASAN