Apple, Huawei, Samsung dan Google adalah empat pengeluar dengan kemampuan kamera terbaik pada telefon pintar keluaran mereka. Kesemuanya mempunyai satu persamaan iaitu mempunyai bahagian khas yang mengkaji cara mempertingkatkan kemampuan kamera mereka
Terkini emel dari Lei Jun, CEO Xiaomi telah tertiris ke arena web. Di dalam emel tersebut, Xiaomi telah membuka bahagian khas penyelidikan kamera mereka sendiri. Kemampuan kamera Xiaomi sudah banyak meningkat berbanding model terdahulu. Seperti yang kami tunjukkan, kemampuan kamera Mi MIX 2S tidak jauh berbeza dengan iPhone X. Dengan pembentukan bahagian khas kamera ini, kemampuan kamera peranti Xiaomi pasti akan menunjukkan peningkatan.