Perkhidmatan Storan Awanan Berbayar Google One Dilancarkan

Perkhidmatan Storan Awanan Berbayar Google One Dilancarkan

Diterbitkan pada Mei 15, 2018 oleh .

Setiap pengguna Google akan diberikan storan awanan percuma sebesar 15GB. Dahulu ini ialah saiz yang boleh dianggap besar tetapi dengan saiz video serta gambar yang meningkat, kuota percuma ini pantas digunakan. Oleh itu Google menawarkan perkhidmatan storan awanan berbayar mereka di bawah Google Drive.

Hari ini mereka memperkenalkan plan storan awanan berbayar baru Google One. Menerusi perkhidmatan ini enam pakej storan awanan bersaiz 100GB hingga 30TB ditawarkan pada harga bermula dari $1.99 sebulan. Pelanggan Google Drive berbayar sedia ada akan secara automatik dinaiktaraf ke Google One. Buat masa ini Google One hanya ditawarkan untuk pengguna di Amerika Syarikat.

Antara kelebihan yang diberikan ialah akses kepada perkhidmatan pelanggan Google Expert untuk pertanyaan produk. Akaun Google One turut boleh dikongsi dengan lima ahli keluarga. Pakej storan awanan dan harga langganan bulanan adalah seperti di bawah.

  • 100GB = $1.99 sebulan
  • 200GB = $2.99 sebulan
  • 2TB = $9.99 sebulan
  • 10TB = $99.99 sebulan
  • 20TB = $199.99 sebulan
  • 30TB = $299.99 sebulan

TIPS & ULASAN