HP Envy Curved AIO 34 Hadir Dengan Skrin Melengkung 34 Inci, Pengecas Tanpa Wayar Dan Nvidia GeForce GTX 1050
HP

HP Envy Curved AIO 34 Hadir Dengan Skrin Melengkung 34 Inci, Pengecas Tanpa Wayar Dan Nvidia GeForce GTX 1050

Diterbitkan pada Mei 15, 2018 oleh .

Komputer desktop semua dalam satu menjadi pilihan insan yang tidak mempunyai ruang meja yang besar atau menyukai komputer yang kelihatan kemas. iMac mempopularkannya dan pengeluar lain yang menggunakan Windows mengikut jejak langkah Apple. HP Envy Curved AIO 34 ialah komputer semua-dalam-satu terkini keluaran HP dengan rekaan yang cukup menarik.

Skrin 34″ yang melengkung digunakan dengan nisbah 21:9, pemproses Intel Core generasi ke-lapan, memori sehingga 16GB RAM, storan sehingga 256GB SSD, storan sehingga 2TB HDD dan kad grafik Nvidia GeForce GTX 1050. Menarik sekali ia dilengkapi sistem audio Bang&Olufsen serta pengecas tanpa wayar terbina. Pembesar suara yang digunakan boleh ditambat kepada telefon pintar menggunakan Bluetooth. Ia juga boleh dikawal menggunakan kawalan suara Alexa.

Pihak HP belum mengagumkan harga jualan, pilihan pemproses yang terperinci dan harga jualan buat masa ini.


TIPS & ULASAN