Antaramuka MIUI Baru Tertiris – Mempunyai Rekaan Seakan Android P

Antaramuka MIUI Baru Tertiris – Mempunyai Rekaan Seakan Android P

Diterbitkan pada Mei 15, 2018 oleh .

Beberapa hari lepas, rakaman skrin yang dikatakan MIUI 10 tertiris di arena web. Selepas disiasat, rakaman skrin tersebut adalah daripada MIUI 9 terbaru yang hadir untuk Xiaomi Mi Mix 2. Antaramuka MIUI baru ini membawakan rekaan seakan Android P dan turut mempunyai rekaan antaramuka Android  Asli sambil mengekalkan keunikan MIUI.

Selepas tertiris di web, Xiaomi terus memadam ROM ini daripada server mereka dan turut memadam dan mengunci beberapa bebenang di forum rasmi Xiaomi. Ini adalah kerana ROM ini tidak sepatutnya tersebar kerana ia adalah ROM MIUI untuk ujian tertutup. Versi ROM ini adalah 8.5.11 Global Nightlies dan versi Nightlies tidak pernah dibuka untuk orang awam uji.

Rekaan MIUI baru ini agak unik dan menarik. Ia lebih kemas dan mudah digunakan. Talam notifikasi yang seakan Android Asli, pop-up Notifikasi dengan rekaan AOSP, ikon pintasan tetapan dengan rekaan bulat sama seakan Android P dan juga kawalan aras suara yang muncul pada sisi kanan. Selain itu, rekaan untuk recent apps pula kini dalam mod menegak dan kelihatan seperti dan di susun dalam aturan selang seli.

Beberapa aplikasi sistem turut mempunyai sedikit perubahan. Contohnya aplikasi permesejan Mi Message, kini lebih kemas dan di dalam tetapan terdapat satu bahagian khas memaparkan butiran sekuriti Android.

Tidak pasti jika ini adalah rekaan MIUI 10 ataupun rekaan MIUI untuk Android P. Ini kerana ROM ini telah dipadam dan tiada berita rasmi daripada Xiaomi mengenai antaramuka baru ini. Pendapat saya, rekaan recent apps ini tidak sesuai digunakan. Kerana Mi Mix 2 adalah peranti yang sesuai dengan kawalan gesture dan recent apps baru ini sukar untuk dikawal jika peranti ini dikawal dengan gesture.

Walaupun terdapat ROM MIUI 8.5.11 untuk Redmi Note 5, perubahan antaramuka ini hanya aktif pada Mi Mix 2 sahaja. Adakah anda gemar akan antaramuka baru ini?


TIPS & ULASAN