AMD Memperkenalkan Siri CPU AMD Ryzen Pro – Akan Hadir Melalui Pembina Komputer Dan Laptop
AMD

AMD Memperkenalkan Siri CPU AMD Ryzen Pro – Akan Hadir Melalui Pembina Komputer Dan Laptop

Diterbitkan pada Mei 15, 2018 oleh .

Tidak lama selepas kehadiran CPU AMD Ryzen Desktop 2000 untuk pasaran tempatan, nampaknya AMD juga mengumumkan kehadiran CPU kelas enterprise mereka melalui siri CPU AMD Ryzen Pro, iaitu siri CPU AMD Ryzen yang hadir dengan ciri-ciri keselamatan tambahan, dan hadir dengan cip pemprosesan grafik Radeon Vega didalamnya.

Siri CPU ini terbahagi kepada dua unit, termasuklah untuk kegunaan komputer desktop dan juga komputer riba. Siri CPU AMD Ryzen Pro Desktop termasuklah AMD Ryzen 5 PRO 2400GRyzen 5 PRO 2400GERyzen 3 PRO 2200G dan Ryzen 3 PRO 2200GE.

Ryzen™ PRO desktop processors with Radeon™ Vega Graphics:

Model CPU Cores Threads Max Clock (GHz) Graphics Compute Units Max GPU Clock (MHz) L2/L3 Cache (MB) TDP (Watts)
Ryzen™ 5 PRO 2400G with Radeon™ Vega11 Graphics 4 8 3.9 11 1250 6 65W
Ryzen™ 3 PRO 2200G with Radeon™ Vega8 Graphics 4 4 3.7 8 1100 6 65W
Ryzen™ 5 PRO 2400GE with Radeon™ Vega11 Graphics 4 8 3.8 11 1250 6 35W
Ryzen™ 3 PRO 2200GE with Radeon™ Vega8 Graphics 4 4 3.6 8 1100 6 35W

Dari siri CPU AMD Ryzen Pro Mobile pula hadir CPU AMD Ryzen 7 PRO 2700URyzen 5 PRO 2500U dan Ryzen 3 PRO 2300U. Kesemua CPU-CPU ini hadir dengan GPU AMD Radeon Vega terbina didalamnya, membuatkannya cukup sesuai sekali sebagai komputer rekaan kecil untuk kegunaan seharian.

Ryzen™ PRO mobile processors with Radeon™ Vega Graphics:

Model CPU Cores Threads Max Clock (GHz) Graphics Compute Units Max GPU Clock (MHz) L2/L3 Cache (MB) cTDP (Watts)
Ryzen™ 7 PRO 2700U with Radeon™ Vega10 Graphics 4 8 3.8 10 1300 6 15W Nominal
Ryzen™ 5 PRO 2500U with Radeon™ Vega8 Graphics 4 8 3.6 8 1100 6 15W Nominal
Ryzen™ 3 PRO 2300U with Radeon™ Vega6 Graphics 4 4 3.4 6 1100 6 15W Nominal

Selain daripada kehadiran cip pemprosesan grafik, siri CPU AMD Ryzen Pro terbaru ini juga hadir dengan AMD GuardMI yang mempunyai ciri-ciri keselamatan digital seperti Transparent Secure Memory Encryption, Secure Boot dan Trusted Application Enablement.

Dari segi prestasi, AMD menjanjikan bahawa CPU-CPU AMD Ryzen Pro Mobile ini membolehkan komputer-komputer riba bertahan selama 16 jam dengan satu pengecasan penuh, manakala AMD Ryzen Pro untuk komputer desktop pula boleh menjalankan tugasan pengolahan 3D, kerja-kerja hospital dan juga pejabat tanpa sebarang masalah.

CPU-CPU AMD Ryzen Pro ini tidak boleh dibeli dari kedai, dan hanya akan hadir melalui jenama-jenama pembina komputer OEM seperti Dell, Lenovo dan HP buat masa ini. Menurut AMD, diantara model-model yang akan hadir dengan konfigurasi CPU AMD ini termasuklah Dell Latitude 5495, Dell OptiPlex 5055, HP EliteBook 700 G5 series, HP ProBook 645 G4, HP EliteDesk 700 series, Lenovo ThinkPad A series, dan Lenovo ThinkCentre M715q and M725s.

Buat masa ini, pihak AMD Malaysia masih belum mengumumkan lagi bilakah komputer-komputer dan laptop-laptop yang dikuasakan oleh CPU AMD Ryzen Pro ini akan memasuki pasaran tempatan, tetapi, terdapat kebarangkalian bahawa ia akan tiba tidak lama lagi, bergantung kepada jenama-jenama pembuat peranti-peranti tersebut.


TIPS & ULASAN