Cari @ Amanz

Nama Xiaomi kini lebih terkenal dengan produk-produk untuk kegunaan rumah. Di China, mereka turut menjual perkakasan dapur seperti bekas menyimpan lauk, periuk nasi, cerek dan macam-macam lagi. Di Malaysia, Xiaomi telah mula menjual periuk nasi pintar dan cerek pintar. Terbaru dari Xiaomi adalah ketuhar gelombang mikro dengan rekaan retro.

Rekaan ketuhar gelombang mikro ini mempunyai rekaan klasik seperti berada di zaman Stranger Things sedang berlangsung. Menurut Xiaomi, mereka melancarkan gelombang mikro dengan rekaan retro ini kerana ingin memberikan ketenangan kepada pengguna. Selain itu, butang kawalan, pemegang dan skrin paparan direka dengan rekaan retro bagi memberi perasaan yang indah dan menarik.

Saiz gelombang mikro ini adalah 18L dan ia cukup untuk memanaskan makanan untuk 2-4 orang. Selain itu,gelombang mikro ini mempunyai kuasa pemanasan sehingga 700W. Permukaan di dalam gelombang mikro ini pula diperbuat daripada seramik dan permukaan di dalamnya disalut dengan nano-coating bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan.

Xiaomi Retro Microwave ini dijual pada RMB399 (~RM249) sahaja melalui laman biayasama Xiaomi, YouPin. Walau bagaimanapun, produk ini masih lagi dalam pra-tempahan dan sedia untuk dihantar ke pengguna pada bulan Jun 2018.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd