Cari @ Amanz

Xiaomi turut terkenal dengan mengeluarkan produk khusus untuk kanak-kanak. Di China, mereka menjual beg sekolah, kasut sekolah dan juga pakaian untuk kanak-kanak. 2 Tahun lepas, Xiaomi telah melancarkan Xiaomi Mi Bunny Kids Smart Watch ia adalah jam tangan pintar asas khusus untuk kanak-kanak. Hari ini, Xiaomi telah melancarkan jam tangan kanak-kanak kedua mereka iaitu Mi Bunny Children Phone Watch 2C.

Skrin pada jam tangan ini menggunakan paparan PMOLED dengan rekaan bulat. Walaupun tali jamnya masih menggunakan silikon seperti model terdahulu, ia mempunyai tekstur yang baharu. Lebih menarik, jam tangan ini mempunyai kemampuan membuat panggilan telefon. Ia mempunyai satu slot SIM nano dan dua butang di bahagian sisi, iaitu butang membuat panggilan dan juga menamatkan panggilan.

Butang ini juga mempunyai fungsi kedua, jika kanak-kanak dalam bahaya, tertekan atau lain-lain mereka boleh tekan dan tahan butang membuat panggilan untuk menghantar isyarat kepada ibu bapa atau penjaga. Seperti model terdahulu, jam ini masih mempunyai GPS dan mampu menghantar lokasi si kanak-kanak secara terus ke ibu bapa dengan fungsi ambient recording. Data-data pada jam ini pula diselarikan dengan Mi Cloud dan mempunyai sekuriti yang agak ketat bagi melindungi hak pengguna.

Jam ini sudah mula dijual harini ini di laman Xiaomi China pada harga hanya RMB199 (~RM124) sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd