Oppo Memperkenalkan Realme 1 Di India – Sub-Jenama Baru Yang Ingin Bersaing Dengan Redmi

Oppo Memperkenalkan Realme 1 Di India – Sub-Jenama Baru Yang Ingin Bersaing Dengan Redmi

Diterbitkan pada Mei 15, 2018 oleh .

Oppo hari ini telah melancarkan sub-jenama baru di India, iaitu Realme. Telefon pertama yang diperkenalkan dibawah jenama ini adalah Realme 1.

Oppo Realme 1

Oppo Realme 1 hadir dengan skrin 6-inci dengan paparan HD+ penuh, dilengkapi cip pemprosesan Helio P60, memori sehingga 6GB RAM, dan ruangan storan sehingga 64GB. Telefon pintar ini turut hadir dengan kamera hadapan 8-megapixel, dan kamera belakang 13-megapixel. Melengkapkannya juga adalah bateri berkapasiti 3410mAh.

Buat masa ini, Oppo sekadar mengumumkan jenama Realme 1 ini untuk pasaran India sahaja, dan ditawarkan secara eksklusif melalui Amazon India. Oppo Realme 1 ditawarkan disana pada harga INR 8,990 iaitu sekitar RM524.


TIPS & ULASAN