Komputer Riba HP Envy Dikemaskini Dengan Rekaan Lebih Nipis Dan Bergaya
HP

Komputer Riba HP Envy Dikemaskini Dengan Rekaan Lebih Nipis Dan Bergaya

Diterbitkan pada Mei 15, 2018 oleh .

Selain komputer riba semua-dalam-satu, HP turut mengemaskini komputer riba premium di bawah keluarga Envy mereka. Komputer riba Envy ini bukan sahaja mempunyai rekaan yang menarik malahan dengan spesifikasi yang baik. Dua model baru yang diperkenalkan ialah HP Envy 13 dan Envy 17.

HP Envy 13 mempunyai skrin 13.3″ FHD/UHD bingkai nipis, dijana pemproses Intel Core i7-8550U, memori sebesar 8GB RAM LPDDR3, storan 256GB SSD, grafik Nvida GeForce MX150 2GB dan bateri sebesar 53.2 Wh. Bateri yang digunakan dikatakan mampu memberikan kuasa sehingga 14 jam. Pada waktu yang sama ia menyokong pengecasan pantas. Terdapat pengimbas cap jari terbina pada butang kuasa pada sisi komputer riba. Pilihan I/O pula adalah dua USB 3.1, 1 USB-C, 1 pembaca kad mikroSD.

HP Envy 17 mempunyai skrin 17.3″ FHD/UHD bingkai nipis, dijana pemproses Intel Core i7-8550U, memori sebesar 12GB RAM DDR4, storan 1TB HD dengan pilihan SSD dan Intel Optane, grafik Nvidia GeForce MX150 2GB dan bateri sebesar 52.5 Wh. Bateri yang digunakan dikatakan mampu memberikan kuasa sehingga 10.5jam yang menyokong pengecasan pantas. Terdapat pengimbas cap jari terbina pada butang kuasa pada sisi komputer riba. Pilihan I/O pula adalah tiga USB 3.1, 1 USB-C, 1 pembaca kad SD, 1 RJ45, satu HDMI dan satu pemacu optik. Komputer riba ini boleh menyokong dua monitor 4K secara serentak.

Kedua-dua model dilengkapi sistem pembesar suara Bang&Olufsen dengan kekisi yang direka semula. Apabila skrin dibuka penuh, ia menjongket permukaan bawah komputer riba untuk pengudaraan yang lebih baik. Kemasan tubuh kelihatan seperti logam Damascus yang digunakan pada pedang pahlawan Saladin Ayubi. Harga jualan HP Envy 13 bermula dari $999.99 (~RM 3960) dan HP Envy 17 pula ialah $1049.99 (~RM 4158).


TIPS & ULASAN