YouTube Menguji Mod “Incognito” Pada Aplikasi Android

YouTube Menguji Mod “Incognito” Pada Aplikasi Android

Diterbitkan pada Mei 15, 2018 oleh .

YouTube baru-baru ini aktif menambah sejumlah ciri baru, dan terkini ia dilihat YouTube turut menguji sebuah ciri baru seumpama pada Chrome, iaitu Incognito Mode.

Dengan menggunakan Incognito Mode pada YouTube ini, ia sekaligus tidak menyimpan sejarah video yang ditonton, dan juga carian anda pada perkhidmatan video berkenaan. YouTube sering menyimpan data berkenaan pada akaun anda bagi membolehkan cadangan video yang menarik minat anda dipaparkan sepanjang masa. Secara kasarnya, ciri ini menawarkan fungsi seumpama anda tidak log masuk ke akaun YouTube.

YouTube Incognito

Buat masa ini, ciri baru ini sedang diuji dikalangan segelintir kecil pengguna sahaja. Namun, bagi anda yang ingin mendapatkan pengalaman lebih kurang sama, boleh ke halaman Settings > History & Privacy dan seterusnya memilih untuk menghentikan penambahan data sejarah tontonan dan carian.


TIPS & ULASAN