Apple Music Kini Mempunyai Lebih 50 Juta Pengguna

Apple Music Kini Mempunyai Lebih 50 Juta Pengguna

Diterbitkan pada Mei 15, 2018 oleh .

Apple Music merupakan salah satu perkhidmatan penstriman muzik yang menduduki tangga kedua dibelakang Spotify, dan ditawarkan bukan sahaja untuk pengguna iPhone, tetapi juga untuk Android. Terkini, Tim Cook berkongsi statistik semasa melalui temuramah di Bloomberg, mengatakan perkhidmatan penstriman muzik mereka kini digunakan oleh lebih 50 juta pengguna seluruh dunia.

Apple Music

Bilangan pelanggan dan pengguna Apple Music boleh dikatakan meningkat naik dengan pantas berbanding beberapa yang lain. Hanya pada bulan lepas sahaja Apple Music melepasi angka 40 juta pengguna, dan kini mereka telah pun melepasi angka 50 juta.

Jikalau dibandingkan dengan Spotify, perkhidmatan penstriman muzik terkemuka berkenaan kini mempunyai lebih 75 juta pengguna berbayar, selain berpuluh juta pengguna percuma.

Bagi anda sendiri, adakah anda lebih mengemari Spotify ataupun Apple Music?


TIPS & ULASAN