WhatsApp Memperkenalkan Sejumlah Ciri Baru Untuk WhatsApp Group

WhatsApp Memperkenalkan Sejumlah Ciri Baru Untuk WhatsApp Group

Diterbitkan pada Mei 15, 2018 oleh .

WhatsApp hari ini telah memperkenalkan sejumlah ciri baru untuk WhatsApp Group, sekaligus memberikan lebih kawalan kepada para pentadbir, selain memberikan lebih kemudahan dan keselesaan kepada para pengguna.

Pertama sekali, kini WhatsApp Group turut menyertakan info ringkas yang boleh ditambah bagi menerangkan apakah tujuan sesuatu WhatsApp Group berkenaan. Info ini turut akan dipaparkan kepada pengguna baru yang menyertai WhatsApp Group berkaitan pada bahagian atas ruangan sembang.

WhatsApp Group

Untuk pentadbir pula, kini anda boleh mengawal siapa yang boleh mengubah ikon, penerangan, dan sebagainya pada sesuatu WhatsApp Group. Selain itu, pentadbir juga boleh membuang kebenaran dan status pentadbir lain – tetapi tidak boleh membuang pengasas WhatsApp Group berkenaan.

Dan akhir sekali, untuk pengguna, anda akan diperlihatkan dengan butang “@” di bahagian kanan apabila anda ditag, sekaligus memudahkan anda mengikuti mesej yang ditujukan kepada anda.

Kemaskini baru ini diperkenalkan kepada semua pengguna Android dan iPhone secara berperingkat.


TIPS & ULASAN