Cari @ Amanz

Menjelang bulan Ramadhan, kini Google telah melancarkan sebuah penawaran baru mereka yang dinamakan sebagai Qalam. Melalui Qalam, Google membolehkan para pengguna untuk menghantar kad ucapan yang unik kepada rakan-rakan melaluinya.

Pada laman Qalam, Google menyediakan sejumlah pilihan kad ucapan interaktif yang mana hadir dengan rekaan cantik dan kemas. Pengguna seterusnya boleh memilih sesuatu kad ucapan interaktif berkenaan, dan seterusnya membuat perubahan kosmetik dari segi warna.

Google Ramadhan

Selesai membuat perubahan, pengguna seterusnya boleh memilih untuk terus berkongsi kad ucapan berkenaan kepada rakan-rakan atau ke media sosial dengan mudah.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman Qalam hari ini, dan mula membuat kad ucapan Ramadhan anda tersendiri hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd