Carian
HTC Sedang Membangunkan Telefon Pintar Android Dilengkapi Teknologi Rantaian-Blok
May 16, 2018 Aman

Teknologi rantaian-blok (blockchain) merupakan salah satu perkara yang hangat diperkatakan ramai sejak daripada tahun lepas. Kini, nampaknya pihak HTC turut tidak ingin ketinggalan. TNW kini melaporkan, HTC sedang membangunkan sebuah telefon pintar baru yang khusus untuknya.

HTC Exodus

Telefon pintar ini bakal dikuasakan sistem operasi Android, dan dikenali dengan nama Exodus. Melengkapkan telefon pintar ini juga adalah sebuah dompet kriptowang universal, selain sokongan untuk sejumlah aplikasi terpencar (decentralized).

HTC juga dikatakan merancang untuk membangunkan rangkaian rantaian-blok tersendiri yang menghubungkan semua telefon Exodus ini, selain pada masa yang sama menyokong pelbagai protokol seperti Bitcoin, Ethereum, Dfinity, dan lain-lain.

Menariknya, HTC juga dijangka akan menerima pembelian menggunakan kriptowang untuk telefon pintar ini.

Kita mungkin mendengar lanjut mengenai projek rantaian-blok daripada HTC ini dalam bulan-bulan akan datang.

Komen