Tahun ini LG merancang pelbagai perkara baru dalam siri telefon pintar mereka. Pada acara MWC 2018, mereka melancarkan kemaskini LG V30 dengan LG V30S ThinQ, iaitu telefon pintar yang dijana dengan cip pemproses Snapdragon 835 dan sistem kecerdasan buatan untuk kamera. Selain itu, LG turut dilaporkan bakal melancarkan lagi dua siri telefon pintar dalam siri V – LG V35 dan LG V40.
Terkini, spesifikasi LG V35 tertiris dan ia mempunyai spesifikasi yang hampir sama dengan LG G7 ThinQ. LG V35 ini dilihat dijana dengan cip pemproses Snapdragon 845, memori sebesar 6GB RAM dan 128GB storan dalaman, menjalankan Android Oreo 8.1, bateri sebesar 3000mAh dan skrin 6″ QHD dengan resolusi 2880 x 1440. Berbeza dengan G7 ThinQ, V35 akan menggunakan skrin OLED seperti yang dilaporkan sebelum ini. Menurut ura-ura, rekaan LG V35 adalah hampir sama dengan V30, jadi ia mungkin tidak akan mempunyai takuk.
Tiada butiran lanjut mengenai tarikh pelancaran atau ciri/fungsi unik seperti butang khas untuk Google Assistant. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi tidak lama lagi.