Airfly Membolehkan AirPods Digunakan Peranti Yang Tidak Mempunyai Sambungan Bluetooth

Airfly Membolehkan AirPods Digunakan Peranti Yang Tidak Mempunyai Sambungan Bluetooth

Diterbitkan pada Mei 16, 2018 oleh .

Fon telinga tanpa wayar Apple AirPods memang menarik dan menerima pujian pemiliknya. Tetapi ia hanya boleh ditambat kepada peranti yang mempunyai chip A1 atau sokongan Bluetooth. Oleh itu ia tidak boleh digunakan ketika di dalam pesawat untuk menikmati sistem hiburan yang dibekalkan.

Airfly ialah peranti tambahan yang membolehkan sebarang peralatan elektronik dengan bicu audio untuk ditambat kepada sepasang AirPods. Hanya sambung Airfly kepada bicu audio dan ia akan menjadi jambatan yang menyambungkan peranti kepada fon telinga premium keluaran Apple ini. Selain AirPods, ia turut boleh digunakan oleh aksesori audio Bluetooth lain di pasaran. Airfly dijual pada harga $40 (~RM 158) sebuah dengan bateri yang mampu bertahan sehingga lapan jam.


TIPS & ULASAN