Beberapa bulan yang lepas, kami laporkan Google Pixel Buds bakal menerima kawalan sentuhan tambahan. Dalam kemaskini terkini, Google membawakan sokongan kawalan tambahan untuk set fon telinga tanpa wayar ini. Lebih menarik, sokongan kawalan baru ini boleh diubah suai untuk melakukan sesuatu aksi lain.
Tiga kawalan baru utama adalah:
- Tiga tap untuk hidup atau matikan.
- Dua tap untuk memainkan lagu seterusnya.
- Dua tap untuk membuat sambungan.
Kawalan yang boleh diubahsuai adalah Dua tap. Jika anda lihat senarai di atas, anda boleh tetapkan kawalan dua tap untuk melakukan aksi berbeza.
Menurut Google, kemaskini ini akan diedarkan bermula awal minggu hadapan. Adakah anda pengguna Pixel Buds? Jika ya, apakah pendapat anda mengenai ciri ini?