Rekaan Kamera “Face ID” Xiaomi Mi 7 Tertiris Ke Arena Web

Rekaan Kamera “Face ID” Xiaomi Mi 7 Tertiris Ke Arena Web

Diterbitkan pada Mei 16, 2018 oleh .

Beberapa imej Xiaomi Mi 7 yang tertiris sebelum mengesahkan peranti ini  bakal mempunyai skrin bertakuk. Ia akan menjadi peranti pertama  keluaran mereka yang menggunakan rekaan seperti ini. Tetapi tidak seperti pengeluar Android yang lain, penggunaan takuk ini mungkin kerana mereka akan menggunakan sistem Face ID seakan iPhone X mereka sendiri.

Rekaan modul kamera dan pengimbas Face ID Xiaomi Mi 7 telah tertiris ke arena web. Dari apa yang dapat dilihat ia mempunyai dua kamera, satu pemancar infra merah dan mungkin pemancar titik seperti sistem yang digunakan oleh iPhone X. Penggunaan sistem seakan Face ID ini  dipercayai menyebabkan Mi 7 lambat dilancarkan. Sebelum ini peranti di bawah keluar Mi dilancarkan pada bulan April. Tahun ini Xiaomi Mi 7 akan dilancarkan pada 23 Mei dan kemampuan sistem imbasan wajah ini akan diketahui pada hari tersebut.


TIPS & ULASAN