Samsung hari ini mengumumkan penambahan dua pilihan warna baru untuk Galaxy S9 dan Galaxy S9+, iaitu dalam pilihan warna emas dan juga merah. Untuk peringkat permulaan, ia akan ditawarkan di Korea Selatan dan China terlebih dahulu.
Samsung dijangka memperluaskan penawarannya bermula bulan Jun kelak ke sejumlah negara lain. Ia tidak diketahui lagi bilakah Samsung Malaysia akan membawa masuknya ke pasaran tempat buat masa ini.
Samsung sebelum ini telah melancarkan Galaxy S9 dan Galaxy S9+ untuk pasaran tempatan pada bulan Mac lepas, dimana ia dijual pada harga bermula RM3299. Melaluinya, ia menawarkan sejumlah ciri-ciri baru, termasuk sokongan 3D Emoji, kalis air, kamera boleh-laras untuk rakaman gambar yang cantik.