Cari @ Amanz

Custom ROM adalah sistem operasi yang telah diubahsuai memberikan ciri serta fungsi tambahan dan juga kebebasan kepada pengguna untuk mengubahsuai sistem peranti mereka. Sehingga kini, custom ROM hanya terdapat untuk telefon pintar atau tablet. Kini, AsteroidOS dilancarkan iaitu sistem operasi untuk jam tangan pintar berasaskan Linux.

Projek AsteroidOS ini mula dibangunkan pada empat tahun lalu dan sehingga hari ini telah terdapat hampir 100 penyumbang seluruh dunia bersatu untuk menjadikan sistem operasi ini berjaya. Kenapa perlukan custom ROM untuk jam tangan pintar? Ini kerana tidak semua jam tangan pintar akan menerima kemaskini baru, seperti Wear OS. Selain itu, dengan sistem operasi baru ini ia boleh memanjangkan jangka hayat sesuatu jam tangan pintar.

Versi AsteroidOS yang dilancarkan adalah 1.0 dan berikut adalah antara ciri dan fungsi yang terdapat dalam sistem operasi ini.

  1. Notifikasi, agenda, penggera, alat mengira, pengawal muzik, tetapan pengubahsuaian, jam randik, pemasa dan juga aplikasi cuaca.
  2. Sambungan melalui BLE (Bluetooth Low Energy).
  3. Sokongan 20 bahasa.
  4. Kit perisian untuk pembangun.
  5. Sokongan untuk LG G WatchLG G Watch UrbaneLG G Watch RAsus Zenwatch 1Asus Zenwatch 2Asus Zenwatch 3 dan Sony Smartwatch 3.

Buat masa ini, ciri dan fungsi ini sahaja yang stabil dan sedia digunakan. Akan datang pihak AsteroidOS akan menambah ciri-ciri seperti:

  • Always-on display
  • Notifikasi Berkumpulan
  • Penyelarian kalendar
  • Penyelarian aplikasi dan platform lain

Agak menarik melihat ada kumpulan yang sanggup menghabiskan masa mereka demi memanjangkan jangka hayat jam tangan pintar. Dengan pengenalan custom ROM ini, adakah anda akan memasang pada jam tangan pintar anda?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd