Cari @ Amanz

Google pada minggu lepas telah memperlihatkan Google News serba baru dengan rekaan antaramuka yang lebih kemas, selain integrasi pelbagai kandungan daripada platform Google lain seperti YouTube dan lain-lain.

Kini, lanjutan daripada pengumuman tempoh hari, pihak Google telah pun mula menawarkan aplikasi Google News ini kepada pengguna iPhone.

Google News

Google News

Melalui aplikasi Google News baru ini, ia turut akan mempelajari penggunaan anda, sekaligus memastikan ia memaparkan berita dan informasi yang menarik minat anda. Selain hanya berita daripada Google News, ia juga turut akan mengintegrasikan kandungan YouTube, Tweet, dan pelbagai kandungan lain.

Bagi anda yang menggunakan Google Play Newsstand, anda boleh menaik-taraf aplikasi anda hari ini dan mendapatkan akses kepada Google News serba baru ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd