CIMB F.I.R.S.T. Diperkenalkan – Penasihat Kewangan Atas Talian Yang Membantu Anda Membuat Keputusan Kewangan

CIMB F.I.R.S.T. Diperkenalkan – Penasihat Kewangan Atas Talian Yang Membantu Anda Membuat Keputusan Kewangan

Diterbitkan pada Mei 16, 2018 oleh .

Bagi ramai orang, memilih pinjaman kereta, pelaburan masa persaraan kelak, mencari pilihan dan membuat keputusan kewangan yang sesuai dengan gaji bulanan anda adalah sesuatu yang cukup sukar untuk dilakukan.

Hari ini, pihak CIMB memperkenalkan sebuah perkhidmatan yang dinamakan CIMB F.I.R.S.T.. Perkhidmatan in ibertindak sebagai penasihat kewangan atas talian yang membantu orang ramai untuk membuat pelaburan dan pinjaman yang cukup sesuai sekali untuk tahap gaji mereka.

Laman web ini akan mengambil umur dan nombor gaji bulanan anda, dan menggunakan analisa data dan juga kecerdasan buatan, anda boleh diberi pilihan kewangan anda, tidak kira anda ingin mengambil pinjaman untuk kereta dan rumah, insurans, skim persaraan, kad kredit dan sebagainya dengan mudah dan mengikut kemampuan anda.

 

Lebih menarik lagi, perkhidmatan CIMB F.I.R.S.T. ini boleh digunakan oleh pelbagai pengguna, termasuklah golongan pelajar, pekerja muda, mereka yang mempunyai keluarga, ibu dan bapa tunggal dan mereka yang menghampiri atau sudahpun bersara.

Perkhidmatan ini boleh diakses dengan mudah atas talian, tetapi jika anda ada soalan-soalan mengenai apa-apa produk seperti insurans ataupun sebagainya, anda boleh juga ke mana-mana cawangan CIMB di seluruh Malaysia untuk menjawab kemusykilan anda.

Untuk maklumat tambahan, layari laman web CIMB F.I.R.S.T.


TIPS & ULASAN