Carian
4 Tips Mengelak Kesesakan Lalu Lintas Pada Bulan Ramadan Bersama Waze
May 16, 2018 Fahim Zahar

Ahlan Wasahlan Ya Ramadan, syukur kepada Allah bulan puasa tiba lagi. Setahun sekali ia tiba, bulan yang suci ini hadir dalam hidup kita. Pasti akan berlaku kesesakan lalu lintas dan mereka yang memandu pasti akan tertekan, penat dan berasa marah. Oleh itu, jangan biarkan kesesakan trafik ini menguji kesabaran anda. Sama-sama kita elak kesesakan trafik ini bersama-sama dengan Waze.

1. Elakkan “PM Rush” (Perjalanan Waktu Petang)

Menurut Waze, data lalu lintas tahun lepas di Malaysia adalah sesak bermula daripada jam 4 sehingga 7 petang. berbanding bulan-bulan lain yang hanya mengalami masalah ini pada 5 petang hingga 9 malam. Waze mengesyorkan anda semua untuk pulang berbuka awal sebelum kesesakan lalu lintas 4 sehingga 7 petang bermula.

2. Rancang Perjalanan Terlebih Dahulu Pada Hari Jumaat

Waze turut memerhatikan keadaan lalu lintas mengalami perubahan pada hari Jumaat. Ramai yang akan memandu pada hari Jumaat, lebih-lebih lagi bagi lelaki yang menuju ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Waze menasihatkan anda semua, semak keadaan lalu lintas melalui aplikasi Waze sebelum memulakan perjalanan pulang dari tempat kerja ke tempat tinggal.

3. Biar Lambat, Asal Selamat

Walaupun memandu di lebuhraya memudahkan perjalanan anda, para pemandu dinasihatkan berhati-hati. Pihak Waze mendapati beberapa kawasan Lebuhraya NKVE, Jalan Kuching dan Lebuhraya Salak kerap berlakunya kemalangan. Oleh itu, gunakan aplikasi Waze bagi memeriksa laluan hadapan anda jika ada kemalangan berlaku dan pilih laluan lain bagi mengelak kesesakan lalu lintas.

4. Laporkan Isu-Isu Jalan Raya Kepada Waze

Dalam aplikasi Waze terdapat satu ciri yang akan memudahkan anda dan juga rakan-rakan Waze lain. Ciri ini adalah untuk melaporkan masalah-masalah yang berlaku di jalan raya. Oleh itu, jika anda ternampak lubang besar, kereta tersadai ataupun sebarang kemalangan laporkan kepada Waze. Ikuti rajah di bawah untuk membuat laporan.

Bulan Ramadan adalah bulan untuk kita beribadat secara rohani, di samping menjalankan ibadah puasa untuk sepanjang bulan. Lebih penting, bulan Ramadan juga merupakan salah satu bulan yang paling sibuk di atas jalan raya. Jadi alangkah baiknya jika anda semua dapat mengikuti tips ini dan sama-sama memberi manfaat kepada diri dan orang lain.

Ingat, jika anda tersangkut dalam kesesakan trafik anda harus bersabar dan jangan maki hamun atau mulakan kecoh. Sabarkan separuh dari iman. Sama-sama kita amalkan.

Komen